anak meragam

Hati Runsing, Tidur Tak Lena, Kerja Terganggu… Bila Si Kecil Tak Henti Meragam?

Dari tangisan bayi yang tak kunjung henti, ke amukan (tantrum) anak yang kian menjadi-jadi. Kami faham kepenatan anda. Mari kita berikhtiar untuk kembalikan ketenangan dalam keluarga.

😄 “Sampai Bila Perlu Hadap Macam Ni?”

Menjadi ibu bapa adalah satu perjalanan yang indah, tapi ia juga penuh dengan ujian. Salah satu ujian paling berat adalah apabila anak mula “meragam”.

Ia bukan sekadar tangisan biasa. Ia adalah satu kitaran yang meletihkan:

Untuk Bayi (0-2 Tahun)

  • Menangis berpanjangan tanpa sebab yang jelas
  • Tidur malam yang sangat terganggu. Kejap-kejap terjaga, menangis
  • Asyik nak “melekat”, diletak sekejap pun tak boleh
  • Sukar ditenangkan walaupun sudah diberi susu, lampin ditukar, didodoi malah dah bawa bersiar naik kereta pun masih meragam

Untuk Kanak-Kanak (3-12 Tahun):

  • Sering mengamuk (tantrum) di mana-mana, tak kira di rumah atau di tempat awam
  • Sikap yang degil, suka melawan, dan memberontak
  • Sukar memberi kerjasama dalam urusan harian (mandi, makan, tidur)
  • Manja berlebihan sehingga menyukarkan ibu bapa

Ibu Ayah Paling Terkesan…

Kita semua faham. Kesan ragam anak ini bukan hanya pada anak itu, tapi ia memberi impak besar pada seluruh keluarga

ibu stress

Gangguan Emosi

Anda jadi mudah letih, cepat marah, dan stres. Sabar yang setebal mana pun boleh menipis. Kadang-kadang, tanpa sedar kita termarah anak, dan selepas itu kita pula rasa serba salah.

kerja terjejas

Prestasi Kerja Merosot

Macam mana nak fokus di pejabatĀ  bila fikiran asyik di rumah? Kualiti kerja menurun, deadline terlepas. Ada yang terpaksa kerap ambil cuti kecemasan hanya kerana anak meragam teruk.

aduan pengasuh

Aduan Pengasuh

Bila kita hantar anak ke pengasuh atau taska, kita terima keluhan.”Saya penatlah, asyik menangis je.” Ia membuatkan kita rasa bimbang dan serba salah untuk terus menghantar anak ke sana.

hubungan suami isteri terjejas

Hubungan Suami Isteri

Rumah yang sepatutnya jadi tempat berehat, kini jadi ‘medan perang’. Suami isteri mula saling menyalahkan, bergaduh kerana berbeza cara nak tenangkan anak. Keharmonian rumah tangga mula terjejas.

Bayangkan Jika Suasana Ini Berubah…

Tarik Nafas Dalam – Dalam..
Sekarang, bayangkan satu situasi berbeza

  • Anak anda tidur lebih lena pada waktu malam.
  • Anda bangun pagi dengan rasa segar dan tenang.
  • Anak yang dulu kuat melawan, kini lebih mudah mendengar kata.
  • Anda hantar anak ke pengasuh, dan pengasuh puji anak “makin baik”.
  • Anda boleh fokus pada kerja dan beribadat dengan lebih khusyuk.

Ini bukan angan-angan. Ini adalah apa yang kita usahakan.

Jika anda telah mencuba pelbagai kaedah fizikal dan moden, mungkin sudah tiba masanya kita menoleh kepada ikhtiar dari sudut rohani.

Memperkenalkan:
Ikhtiar Rawatan Islamik Jarak Jauh

Kami menawarkan satu kaedah rawatan alternatif berlandaskan bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran, yang direka khas untuk membantu masalah ragam kanak-kanak.

Paling penting, ia SANGAT MUDAH untuk ibu bapa yang sibuk.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Anda tidak perlu ambil cuti. Tidak perlu bawa anak menghadap trafik jam. Tidak perlu ‘bersiap’ untuk temujanji. Semuanya 100% dari rumah anda.

whatsapp

Langkah 1

Hubungi Kami Di Whatsapp

Langkah 2

Berikan Nama Penuh Anak

video

Langkah 3

Hantarkan Video PendekĀ  Anak

Kami akan melakukan proses rawatan dari jarak jauh. Anda hanya perlu teruskan rutin harian seperti biasa sambil terus berdoa memohon kepada-Nya.

Azham Zanal

Azham Zanal – Perawat
Berpengalaman melakukan kerja berkaitan “kebatinan” seperti buang saka dan urutan cara Islam

Apa Kebaikan Yang Boleh Diharapkan Selepas Ikhtiar?

Dengan izin Allah, kita berusaha agar si kecil anda mendapat manfaat berikut:

anak ceria

Anak Lebih Tenang

Tangisan yang berpanjangan akan berkurangan. Anak jadi lebih mudah ditenangkan.

anak tidur lena

Tidur Lebih Lena

Corak tidur (terutama waktu malam) akan lebih stabil dan kurang gangguan.

anak kurang memberontak

Kurang Memberontak

Bagi anak yang lebih besar, sikap degil dan tantrum akan berkurangan. Mereka jadi lebih mudah ‘dibawa berbincang’.

anak berdikari

Lebih Berdikari

Ini adalah sasaran utama kita. Anak akan kurang “melekat” atau manja berlebihan. Mereka boleh bermain sendiri dan memberi anda ruang.

Ketenangan Ibu Bapa

Bila anak tenang, ibu bapa pun tenang. Anda akan dapati diri anda lebih sabar, lebih fokus di tempat kerja, dan rumah tangga terasa lebih harmoni.

Laburkan Sekali Untuk Ketenangan Berpanjangan

Kita sanggup belanjakan ratusan ringgit untuk mainan, pakaian, atau ubat-ubatan fizikal anak.

Kini, apa kata kita laburkan sedikit untuk kesejahteraan emosi dan rohani mereka?

Yuran Ikhtiar: RM200 Sahaja

Bukan harga yang perlu dilihat, tetapi nilai ketenangan yang bakal anda dapat semula. Anggaplah ini sebagai satu pelaburan untuk keharmonian keluarga anda.

Kami faham anda mungkin ragu-ragu. Tapi jika anda sudah buntu dan penat, apa salahnya kita berikhtiar dengan cara ini?

Kita hanya berusaha, Allah S.W.T. jua yang menyembuhkan.

Kami terima semua bangsa dan agama, bukan untuk orang Islam sahaja

TESTIMONI PELANGGAN

Suara Pelanggan Kami

Tak Perlu Pakai Buai Dah

Saya seorang ibu dengan seorang anak perempuan. Masalah anak terlalu kerap menangis tanpa sebab tak kira siang atau malam. Rapat dengan ayahnya tapi suami kerja shif.

Bila ayahnya tiada asyik menangis. Paling kronik selalu tengah malam kerap menangis. Pagi saya nak kerja dan selalu tak cukup rehat sebab anak akan lelap lepas jam 3 pagi.

Kalau ayahnya ada, kami akan bawa naik kereta tengah malam sebab itu antara cara mudah nak bagi tidur. Saya tahu tak elok bawa anak keluar tengah – tengah malam. Tapi itu saja cara tenangkan dia sampai tidur.

Nak kata rumah panas tak juga sebab ada aircond. Kalau jam 3-4 pagi dia terjaga, alamat memang sampai ke pagi saya tak dapat tidur. Kalau balik kampung suara dia paling riuh sebab dia sorang je baby dalam rumah opah.

Satu hari saya balik kampung dan ibu saya suruh bawa ke perawat, En Azham. En Azham ni duduk Ipoh tetapi pulang bercuti di kampung mertua di Taiping.

Jadi kebetulan sahaja jumpa di Taiping. Masa tu rumah kami ada kenduri dan ibu jemput jiran termasuk keluarga En Azham ni. Masa ni emak saya suruh En Azham jampikan anak saya yang kerap menangis.

En Azham bersetuju dan terus mulakan rawatan. Prosesnya tak sampai 10 minit dan langsung tidak sentuh anak saya. Dia cuma tanya nama dan minta izin nak rawat anak. Dia cuma pejam mata dan gerak – gerakkan tangan ke arah anak.

Lepas tu saya pulak yang jadi pelik, sebabnya anak saya terus berhenti menangis. Lepas tu dia jadi mesra dengan sepupu lain dan siapa saja boleh usik dia.

Sebelum ni siapa pun cuba main dengan dia mesti melalak. Malam dia tak mahu tidur buai dan tidur awal diatas tilam. Nenyak sampai ke pagi. Impress sangatlah. Sebab sejak dia lahir saya tak pernah cukup tidur.

Anak saya cuma menangis apabila lapar, lampin penuh dan lain – lain benda bersebab. Dan tak adalah meraung macam orang kesakitan.

Syukur teramat sangat, bila tanya dia buat apa sebenarnya, dia jawab selawat dan alfatihah saja. Tapi itulah, orang berilmu memang lain perginya berbanding kita yang baca macam – macam.

Recommended!

Puan Noraini Mat Noh – Semenyih

Cucu Dah Berhenti Menangis

Aku ni orang India. Cucu aku jaga sebab anak dua – dua kerja. Dia laki bini selalu gaduh sebab stress, tak cukup rehat. Benda kici – kici pun mau marah.

Sebab cucu aku ni suka nangis tak kira masa. Aku offer tolong jaga anak dia. Tak mau la benda kici pun mau gaduh. Weekend baru dia orang datang tengok anak.

Aku duduk taman ramai orang Melayu. Makcik sebelah rumah kata hari – hari dengar aku cucu nangis. Dia cakap menantu dia En Azham boleh tolong. Dia berubat cara Islam.

Aku tanya boleh ke bantu cucu saya ni, saya bukan Islam. Dia jawab semua bangsa menantu dia bantu. Dah ramai orang non muslim dalam taman ni dia bantu. Aku tanya sama anak mau ka ubat cara Islam. Anak aku okey saja.

So aku minta dia duit dan suruh menantu dia tolong buat. Dia buat dari jauh saja, saya di Taiping dia di Ipoh. Lepas tu aku tengok bila senja dia tara nangis.

Selalu ini time dia kuat nangis macam orang kena pukul. Hairan la aku. Malam lagi tara nangis. Ehhh butul la dia memang power.

Now aku sangat rindu cucu sebab anak sudah ambil dan jaga sindiri. Tapi saya banyak happy kalau cucu balik, badan pun sudah berisi sebab dulu asik nangis makan pun tamau.

Pn Jessica – Taiping

Kembar Saya Asik Nak Berkepit

Testimoni ni saya nak share tentang anak kembar saya yang asyik nak berkepit. Umur masing – masing 4 tahun tapi tahun depan nak masuk tadika buat saya risau.

Depa ni jenis kalau saya nak masuk toilet atau nak solat sangat susah. Kalau ada ayahnya bolehlah tengokkan, tapi kalau suami kerja memang azab saya nak pergi toilet.

Kedua – dua kembar saya ni kuat menangis dan langsung taknak berenggang dengan saya. Dengan sedara mara pun dingin saja, tak boleh diajak bermesra.

Satu hari ternampak iklan fb En Azham. Saya tengok masalah anak saya ni tak ada pulak disebut dalam iklan tu. Tapi saya cuba nasib bertanya. Mana tahu boleh ok.

Beliau jawab boleh cuba dulu sebelum bayar, baik pula tu orangnya. Saya bukan apa cuma sampai 2 orang dah RM400. Tapi saya bayar 100 dulu sebab kalau tak jadik taklah ralat.

Dia buat dari jauh saja, saya duduk di kamunting dan dia di Ipoh. Saya yakin tak yakin je sebenarnya sebab jauh boleh ke buat. Jadi saya tak harap apa – apa.

Lepas 20 minit katanya dah siap. Jadi saya cuba “test” pergi toilet. Ayahnya tiada dan tinggalkan depa main henset. Memang hairan bin ajaib, kembar saya berbunyi apa pun tidak.

Bila saya keluar toilet, mereka masih kusyuk dengan telefon. Hairan sungguh sebab benda ni tak pernah terjadi. Lepas suami pulang saya terus minta suami bayarkan baki RM300 pada beliau. Sekarang hidup dah mudah bila depa boleh berdikari. Takdelah saya nak buat apa pun terbatas.

Pn Fatin (Happy Mummy) – Kamunting

Sedia Untuk Kembalikan Ketenangan Dalam Keluarga Anda?

Jangan biarkan stres mengawal hidup anda. Ambil langkah pertama hari ini.

Klik butang di bawah untuk terus berhubung dengan kami di WhatsApp. Biar kami bantu anda berikhtiar.

Scroll to Top